Sabtu, 22 Januari 2011

BILA HATI MULA BERBICARA...>>>>


BAHASA JIWA
Bahasa jiwa
Telahku lukis corak kehidupan sebagai insan di bumi Tuhan
Tetapi kekosongan jiwa seringkali menidak kata takdir
Yang aku x mengetahui keadilannya.............
Aku cuba mengerti sedalam dalamnya bahasa apakah
yang jiwa kecilku ingin mengerti segala kekurangan diri ini
terlalu luas dunia untuk aku menjelajah sedangkan jiwa lemah sekecil Zarah........
cuba sekali lagi badan...........
jaga benarkan aku dipandang serendahnya fizikal ku sendiri.........
cuba lagi jiwa ...
jangan benarkan maruahku diperkotak katik oleh helaan tawa diri sendiri......

sekali lagi.......
bahasa apakah yang inginku pelajari agar jiwa dan diri serasi bersama-sama menempuhi gelodak jiwa dan dugaan  yang kadangkala bagai rebut ditengah padang kering....
berdebu hanyut bersama pasir kering sekering kekosongan naluri.....






KELOMPAK CINTA.........
Kelompak cinta sakti.....
Perturunkan aku sekeping hati untuk diisi bersama debunga cinta wangi..........
Agar senyuman pada tengahari ini sesegar embun subur dibening pagi..........
Agar malam hangat tatkala bayu dari lembah dalam menghembus kasar sehingga mengigil para jemari....
Bukan untuk dipeluk kepingan hati itu Cuma sekadar datang ikhlas menemani hariku yang sunyi dan suram...
Katakanlah kelompak cinta
Bahawa ada sekeping hati untuk aku teroka
Sejauh mana kekosongan dirinya dapat aku fahami seadanya....
Tapi.....
Salutilah sekeping hati yang gersang dengan iman
Rakus mengajar kehidupan tetapi papa dalam memahami kebenaran
Aku Cuma ingin kelompak cinta terus segar
Tidak layu mengikut zaman
Zaman akhir kelam....










INDAHNYA SENYUMAN DIA.....
AHHHHHHHHH senyumnya pagi itu indah bagai mentari ditaman bunga
Segar bagai lambaian dedaun lalang
Seri bak gemersik bunga seri pagi disentuh dikumbang yang nakal
Dia...
Permata yang kadangkala menjadi dalang pada kekecewaan jiwa
Tetapi dia juga menjadi penyubur dikala gersang sepi menyata
 Buah hati yang paling bernilai yang seseorang digugat kenakalannya...
Bersama tangisan dan rembesan amarahnya yang mendalam....
Kini
Aku tidak lagi berupaya melihat senyum itu tatkala mataku buka...
Hanya dinding kosong putaran kipas usang yang menemani hari-hari
Oh Tuhan....
Aku benar merindui senyuman itu
Moga ada lagi jernih keikhlasan senyuman itu untuk aku tatap lagi....




 KERINGAT ITU.....
Panahan mentari bagai ingin membakar ubun kepala
Peluh meleleh meloloskan diri dari selubung yang menutupi diri
Berpinar bebola mata untuk terus memandang kehadapan
Namun kelibat lembaga itu benar menarik perhatianku
Dia,,,,,,,,,,,,,,,,
Lelaki pertama ku kenal bila aku mula mengenal dunia
Bila kulitnya mula menghitam dibakar mentari
Urat berjalur biru mula berebut untuk menunjukkan diri
Aku benar-benar mengenali DIA
Aku cuba meneliti apa yang dilakukannya dibawah panahan matahari
Oohh dia mencari sesuap nasi untuk dibawa pulang
Untuk isteri tersayang dan anak-anak pengikat cinta
Ahhh panas itu bukannya apa jika dibandingkan dengan mulut yang minta untuk disuapkan
Harinya berpayungkan mentari
Bermain bersama bata dan kepingan zink karat
Detingan paku berlaga dan keriuk keriak papan bertindihan muzik bagi jiwanya
Tapi....
Yang pasti  keringat itu !!
Penemannya yang paling setia....

TERIMA KASIH AYAH................





KAU TETAP CANTIK...!!!!!!
Usah dipandang cermin itu
Cermin itu hanya pandai menipu
Tanyalah aku masih cantikkah ibu ????aku tidak akan menipu
Mengadu  tubuh tidak secantik dulu
Tidak seanggun wanita lain yang megah mencalitkan solekan untuk
menghiasi diri
kau hanya mengenakan lapisan sehelai kain dan baju kusam
peluh membasahi kulit bila penat menyediakan rezeki untuk anak dan suami....
bagi memastikan perut kami tak berdendang inang......
mulut kami diberi nikmat menghayati air tanganmu
Usah bimbang
tubuhnya yang berisi itu bukan tidak cantik tetap cantik kerana sudi melahirkan kami cahaya hati pengikat kasih
wajahmu yang pucat tanpa solekan itu tetap cantik untuk aku tatap kerana mata itu pengubat segala duka...
tangan kasar itu walaupun tidak sehalus sulaman baldu tetap lembut tatkala hinggap membelai ubun rambutku...........
benar-benar lembut hingga mendodoi mimpiku...
masih cantikmu ibu !!
Malah  kau adalah wanita paling cantik saat mu mencium lembut pipiku...
Memujukkan tatkala jiwa mudaku memberontak
Ingin sesuatu yang aku tak pasti
Usah bimbing lagi kerana cinta sang lelaki itu
Tetap utuh untukmu ibu walaupun usia mengheret keayuanmu...
Kerana kami tetap setia menjadi sang pemuja untuk wanita yang paling indah harga dirinya...


SAYANG UNTUKMU IBU....

1 ulasan:

  1. Sajak2 nie saje2 je ak coretkan dalam blog ni..sebenarnya menulis sajak adalah satu cara seni yg boleh membantu aku menyembuh sebarang sakit dlmam..(sakit rindu)..........menjadi ank perantau bkan perkara mudah,,,jauh dri org tersayang..sajak luahan hati yg paling mujarab,,,,

    BalasPadam